Friday, 14 December 2012


BERKAT DOA SEORANG IBU

                SECARA sedar  atau tidak,  kata-kata yang kita ucap adalah satu doa. Lebih-lebih lagi kata-kata itu diucapkan oleh seorang ibu dan bapa. Inilah pengalaman yang dilalui oleh Dato’ Setia Raja D.K. Prof. Dr. Khalifah Hj. Hasim @ Mohsin,  alau lebih mesra dengan panggilan Tok Ayah.
                Kini beliau berusia 62 tahun dan  menetap di Padang Serai, daerah asal usulnya setelah merantau berpuluh tahun sejak  berusia 16 tahun. Beliau telah merantau ke serata ceruk negara ini malah hingga ke Indonesia dalam usaha mencari rezeki dan ilmu.
                Menurut Tok Ayah, ketika  berusia remaja beliau sering bangun tidur lewat dan apabila ayahnya bertanya mengenai dirinya lazimnya ibunya akan berkata yang saya masih tidur dan tidurnya macam anak Raja.
               
Mungkin berkat  kata-kata ibunya yang boleh disifatkan sebagai doa akhirnya Tok Ayah benar-benar berkahwin dengan kerabat Di Raja.

Beliau berkahwin dengan kerabat Raja Perak iaitu Raja Mazwin Raja Abdul Aziz yang kini berusia 58 tahun. Hasil perkahwinannya dengan Raja Mazwin mereka telah dikurniakan 17 orang anak.
                Menurut Tok Ayah,  perkenalan sehingga membawa beliau dan Raja Mazwin atau lebih mesra dengan panggilan Mak Ungku kejinjang pelamin ini ketika beliau berkhidmat dengan Raja Muda Perak ketika itu YTM Raja Ahmad Shahbudin .
                “Ketika itu Raja Mazwin yang merupakan anak saudara Sultan Perak tinggla bersama abangnya Tengku Nazri yang menjadi Tok Bentara Dalam Istana Perak.”
                “Oleh itu saya berharap kita khususnya ibu bapa agar bercakap perkara yang baik terutama kepada anak-anak kita kerana cakap kita merupakan satu doa. Atas sebab itu jugalah Allah SWT meminta kita menamakan anak-anak kita dengan nama yang baik-baik apabila kita memanggilnya ianya menjadi doa.” Kata Tok Ayah yang menrupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Pawang Raja.
                Setelah berkhidmat dan berkahwin dengan Mak Ungku seta  selepas balik menunaikan fardu haji di mekah untuk kali ketiga bersama Raja Muda Perak maka Tok Ayah dan Mak Ungku telah mengambil keputusan untuk balik ke tempat asal tok Ayah dan membuka Pusat Rawatan Tradisional Pawang DiRaja.
                Keputusan berhijrah dari hidup dalam lingkungan istana ke Kampung Sempadan Kastam, Padang Serai, Kedah telah mengundang pelbagai umpat keji masyarakat setempat baik terhadap Tok Ayah  dan Mak Ungku.
                “Ada yang melemparkan fitnah mengatakan Tok Ayah dan Mak Ungku telah dibuang oleh Raja Perak dari Istana. Malah ada yang melemparkan tuduhan yang Mak Ungku ini adalah gundik Raja disebabkan Tok Ayah dah berkahwin dengan gundik Raja maka mereka telah dibuang dari Istana.” Cerita Mak Ungku .
                “Ada juga yang melemparkan tuduhan yang Tok Ayah menjual nama Raja dengan menggunakan nama Pawang Raja. Apa pun tuduhan liar dan fitnah yang telah dilemparkan kepada kami, kami tetap bersabar. Akhirnya apabila bapa saudara Mak Ungku  yang merupakakan  Sultan Perak telah mencemar duli menziarah berkhemah sambil makan-makan di kediaman kami, barulah reda tomohan itu.” Kata Mak Ungku.
                Menurut Tok Ayah, beliau kembali ke kampung halamanya pada tahun 1988 dan membuka Pusat Rawatan Tradisional Pawang Raja di Kampung Sempadan Kastam, Padang Serai Kedah. Pusat  rawatan ini berdaftar dengan SSM dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan.
 
                “Tok Ayah mula berminat dan belajar mengenai ilmu-ilmu perubatan tradisional berasaskan ilmu Allah SWT seawal umur 18 tahun. Akhirnya minat ini telah membawa Tok Ayah belajar di Universitas Iman Al-Ghazali, Bukit Tinggi, Padang Indonesia  di bidang Falsafah Ilmu Tauhid Marifatullah Ayat 1 dan Ayat 2 yang telah membawa gelarn Prof. Dr.”
                “Tok Ayah boleh membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti barah, jantung, buah pinggang, kencing manis, Patah, ghout, bausir, hati, lemah tenaga batin, sawan. leukemia, terkena perbuatan orang malah berupaya membantu meringankan jodoh, melariskan perniagaan, mengatasi masalah rumahtangga dan pelbagai lagi”.
                “Alhamdulilillah setakat ini pusat rawatannya mendapat sambutan yang hebat dan dikunjungi oleh pelbagai kaum melayu, cina dan India. Sesiapa yang ingin mendapat khidmat Tok Ayah boleh menghubungi Tok Ayah melalui talian 019-465 9956” kata Tok Ayah.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete