BERKAT DOA SEORANG IBU
SECARA
sedar atau tidak, kata-kata yang kita
ucap adalah satu doa. Lebih-lebih lagi kata-kata itu diucapkan oleh seorang ibu
dan bapa. Inilah pengalaman yang dilalui oleh Dato’ Setia Raja D.K. Prof. Dr.
Khalifah Hj. Hasim @ Mohsin, alau lebih mesra dengan panggilan Tok
Ayah.
Kini
beliau berusia 62 tahun dan menetap di Padang Serai, daerah asal usulnya
setelah merantau berpuluh tahun sejak berusia 16 tahun. Beliau telah merantau
ke serata ceruk negara ini malah hingga ke Indonesia dalam usaha mencari rezeki
dan ilmu.
Menurut
Tok Ayah, ketika berusia remaja beliau
sering bangun tidur lewat dan apabila ayahnya bertanya mengenai dirinya
lazimnya ibunya akan berkata yang saya masih tidur dan tidurnya macam anak Raja.
Mungkin berkat kata-kata ibunya yang boleh disifatkan sebagai doa akhirnya Tok Ayah benar-benar berkahwin dengan kerabat Di Raja.
Beliau berkahwin dengan kerabat Raja Perak iaitu Raja Mazwin Raja Abdul Aziz yang kini berusia 58 tahun. Hasil perkahwinannya dengan Raja Mazwin mereka telah dikurniakan 17 orang anak.
Menurut
Tok Ayah, perkenalan sehingga membawa
beliau dan Raja Mazwin atau lebih mesra dengan panggilan Mak Ungku kejinjang
pelamin ini ketika beliau berkhidmat dengan Raja Muda Perak ketika itu YTM Raja
Ahmad Shahbudin .
“Ketika
itu Raja Mazwin yang merupakan anak saudara Sultan Perak tinggla bersama
abangnya Tengku Nazri yang menjadi Tok Bentara Dalam Istana Perak.”
“Oleh
itu saya berharap kita khususnya ibu bapa agar bercakap perkara yang baik terutama
kepada anak-anak kita kerana cakap kita merupakan satu doa. Atas sebab itu
jugalah Allah SWT meminta kita menamakan anak-anak kita dengan nama yang
baik-baik apabila kita memanggilnya ianya menjadi doa.” Kata Tok Ayah yang
menrupakan seorang pengamal perubatan tradisional yang dikenali sebagai Pawang
Raja.
Setelah
berkhidmat dan berkahwin dengan Mak Ungku seta selepas balik menunaikan fardu
haji di mekah untuk kali ketiga bersama Raja Muda Perak maka Tok Ayah dan Mak
Ungku telah mengambil keputusan untuk balik ke tempat asal tok Ayah dan membuka
Pusat Rawatan Tradisional Pawang DiRaja.
Keputusan
berhijrah dari hidup dalam lingkungan istana ke Kampung Sempadan Kastam, Padang
Serai, Kedah telah mengundang pelbagai umpat keji masyarakat setempat baik terhadap
Tok Ayah dan Mak Ungku.
“Ada
yang melemparkan fitnah mengatakan Tok Ayah dan Mak Ungku telah dibuang oleh
Raja Perak dari Istana. Malah ada yang melemparkan tuduhan yang Mak Ungku ini
adalah gundik Raja disebabkan Tok Ayah dah berkahwin dengan gundik Raja maka
mereka telah dibuang dari Istana.” Cerita Mak Ungku .
“Ada
juga yang melemparkan tuduhan yang Tok Ayah menjual nama Raja dengan
menggunakan nama Pawang Raja. Apa pun tuduhan liar dan fitnah yang telah
dilemparkan kepada kami, kami tetap bersabar. Akhirnya apabila bapa saudara Mak
Ungku yang merupakakan Sultan Perak telah mencemar duli menziarah
berkhemah sambil makan-makan di kediaman kami, barulah reda tomohan itu.” Kata
Mak Ungku.
Menurut
Tok Ayah, beliau kembali ke kampung halamanya pada tahun 1988 dan membuka Pusat
Rawatan Tradisional Pawang Raja di Kampung Sempadan Kastam, Padang Serai Kedah.
Pusat rawatan ini berdaftar dengan SSM
dan mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan.
“Tok
Ayah mula berminat dan belajar mengenai ilmu-ilmu perubatan tradisional
berasaskan ilmu Allah SWT seawal umur 18 tahun. Akhirnya minat ini telah membawa
Tok Ayah belajar di Universitas Iman Al-Ghazali, Bukit Tinggi, Padang
Indonesia di bidang Falsafah Ilmu Tauhid
Marifatullah Ayat 1 dan Ayat 2 yang telah membawa gelarn Prof. Dr.”
“Tok
Ayah boleh membantu mengubati pelbagai jenis penyakit seperti barah, jantung, buah
pinggang, kencing manis, Patah, ghout, bausir, hati, lemah tenaga batin, sawan.
leukemia, terkena perbuatan orang malah berupaya membantu meringankan jodoh,
melariskan perniagaan, mengatasi masalah rumahtangga dan pelbagai lagi”.
“Alhamdulilillah
setakat ini pusat rawatannya mendapat sambutan yang hebat dan dikunjungi oleh
pelbagai kaum melayu, cina dan India. Sesiapa yang ingin mendapat khidmat Tok
Ayah boleh menghubungi Tok Ayah melalui talian 017-535 5099 / 011-1882 8707” kata Tok Ayah.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete